Alhamdulillah...bertambah lagi umur setahun yang makin mendekatkan diri kepada kematian. Semoga tahun ini diberi lebih krtabahan, kekuatan dan dipermudahkan olehNya setiap urusanku bersama suami. Semoga wabak covid-19 juga diangkat dari muka bumi ini oleh Yang Maha Esa.
Catatan Perjalanan Hidup Seorang Hamba
Friday, 8 January 2021
Wednesday, 11 November 2020
Public Gold Malaysia
Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan
by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on OCTOBER 26, 2016
Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini, tetapi memang tabiat saya sejak 2010 ialah, setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Saya adalah penyimpan emas tegar. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor.
Walaupun Gold Investor mereka lebih ambil tahu tentang perkembangan pasaran emas, analisis teknikal harga emas, dan boleh juga buat untung dengan naik turun harga emas, tetapi apa yang saya perhati, akhir sekali penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:
- mereka memiliki emas yang banyak,
- duit simpanan mereka tak bocor bila ditukarkan kepada emas,
- harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
- mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.
Wednesday, 4 November 2020
Suara Hati
ππ Hati adalah salah satu organ yang terpenting kepada manusia. Kata orang, jika baik hati itu, maka baiklah tindak tanduk atau perlakuan insan. Begitu jugalah sebaliknya. Hati bersih adalah penentu akhlak mulia.
Sesungguhnya hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk kehidupan manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah kehidupan seseorang Mukmin tetapi jika buruk atau rosak hati itu, maka punah seluruh anggota tubuh dan kehidupan Mukmin. Memelihara hati bukan seperti memelihara anggota badan yang lain, merawat hati perlu kepada ketakwaan dan keampunan dari Allah SWT kerana hati yang selalu subur dengan mengingati Allah akan sentiasa terpelihara oleh rahmat Allah SWT.
Apakah hati kita sihat atau sebaliknya? Hati yang sihat atau sakit dapat dilihat melalui perbuatan dan kata-kata seseorang mukmin. Orang yang hatinya subur dengan kebaikan terserlah melalui akhlak yang indah dan disenangi orang sekeliling manakala Allah reda ke atasnya. Orang yang hatinya bermasalah, kotor, sakit dan tidak bersih juga diterjemah melalui perbuatan buruk, tidak beramal soleh bahkan tidak memberi kebaikan kepada dirinya dan orang sekeliling.
Namun, hati yang tidak dapat diubati lagi adalah hati yang keras dan mati kerana ia sudah dimatikan oleh Allah SWT disebabkan ia tertutup oleh kesesatan dan tidak bersedia menerima perintah Allah SWT.
Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).
Cahaya iman akan menjadi malap apabila titik hitam terbabit tidak dibersihkan sehingga menyebabkan selaput kotoran akan bertambah menebal dan memberi kesan kepada hati.
Kesimpulannya, hati yang hidup ialah hati yang sentiasa bersih dan suci daripada titik noda dan dosa. Hati perlu dididik dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, dan zuhud agar ia tidak mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dengan zikrullah dapat merawat hati agar dijauhi penyakit keras hati.
Tuesday, 3 November 2020
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)Bukit Fraser...
Rumah Peranginan Persekutuan atau ringkasannya RPP adalah rumah peranginan yang boleh diinap oleh kakitangan kerajaan. Ia biasanya terletak di kawasan peranginan. Disebabkan harganya yang murah dan kemudahan yang tersedia menyebabkan ia menjadi rebutan di kalangan penjawat awam. Sebenarnya bukan mudah untuk menempah bilik atau rumah peranginan ni.
Lyn pun tak pernah lagi merasa menginap di RPP ni. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh pandemik Covid-19, RPP mula boleh ditempah secara atas talian (online). Apa lagi, Lyn pun turut mencuba nasib.
Alhamdulillah...rezeki dariNya. Tempahan untuk menginap di RPP Bukit Fraser berjaya! Yeah!!! Tak sangka sebenarnya. Booking dibuat pada bulan September untuk menginap pada bulan Oktober. Berbunga-bunga rasa hati walaupun dinyatakan dalam ruangan tempahan tu Satu Bilik Kecil. Tak kisahla kan sebab benda murah. Lagipun tak pernah lagi menginap di Bukit Fraser. Teruja sangat.
Inilah pandangan luar dari RPP Bukit Fraser. Oleh kerana kami bergerak agak lewat, jadi Lyn dah siap tapau makanan untuk dinner sebab dari beberapa carian di internet menunjukkan jika hari dah gelap, tidak disarankan untuk keluar disebabkan keadaan jalan yang agak mencabar. Jadi malam tu kami hanya lepak-lepak di bilik. Dalam rumah yang sama ada beberapa family lagi. Kiita orang berkongsi dapur dan ruang tamu yang sama. Tapi bilik kecil yang dimaksudkan tu sebenarnya sangat luas. Kalau bawa anak-anak pun boleh. Bilik juga dilengkapi dengan tv dan kemudahan lain macam di hotel. Ini baru hari pertama...
Hari ke-2
Pagi lagi dalam pukul 9.00 kami dah turun ke tempat yang menjadi 'spot' Bukit Fraser. Tapi kami lajak terus ke masjid Bukit Fraser....sebenarnya belakang masjid.....heheheππ Port breakfast....sejuk giler tambahan pula hujan renyai-renyai....cakap pun asap keluar dari mulut...ala-ala oversea gitchu...⛄Oleh sebab rasa agak lapar, Lyn order Nasi Lemak Rendang...alhamdulillah, menepati selera. Hubby pulak order Nasi Lemak Telur Mata...licin pingganπ Tak sia-sia makan di Kedai Makan Hamzah. Sedap dan harga berpatutan.
Perut dah kenyang...jom turun ke bawah semula. Tak sah kalau ke Bukit Fraser kalau tak bergambar di 'hotspot' ni. Disebabkan masih pagi, masih tak ramai lagi orang yang ada di sini. Jadi kami jalan-jalan menikmati pemandangan di sini.
Nak jadi cerita, tiba-tiba kereta tak boleh start bila nak alihkan ke tempat lain. Bateri kong...hehehe...sajer jer kan. Tapi kami rilex jer sebab masih pagi. Lagi pn boleh lagi lepak-lepak kat area situ. Sambil cari idea macam mana nak beli bateri baru kalau kereta tak boleh 'jump'. 'Jumper' pun tak bawak. Teringat pulak ada kawan Lyn yang akan bercuti juga ke Bukit Bendera hari ni. Jadi, terus call dia minta tolong belikan bateri. Alhamdulillah...dia masih kat KL lagi. Selesai masalah. Rasa macam nak cari 'something' untuk kunyah-kunyah tapi tak nampak. Jadi masuk la ke Restoran Mimi Strawberi. Minum air jer dan kongsi semangkuk tomyam sebab tak lapar pun.
Rupanya ada bas tersangkut di laluan untuk ke atas. Jadi kawan Lyn sampai agak lewat juga sebab 'jammed' Tau jerla laluan untuk ke atas sempit dan bengkang bengkok. Seremmm kalau dah gelap. Sampai jer kawan Lyn, terus tukar bateri dan terus naik semula ke RPP. Ingat nak tapau makan untuk petang dan malam tapi kawan Lyn dah bawa bahan mentah untuk masak. Jadi kami nak main masak-masak lepas ni.
Taraa...ni la menu makan tengahari yang agak lewat.

Hari ke-3
Friday, 30 October 2020
Rezeki
SEMUA orang mahu dilimpahkan rezeki. Apakah sebenarnya makna rezeki?
Dalam tafsir al-Quran al-Sya’rawi, rezeki ialah apa yang memberi manfaat bagi kita.
Luasnya rahmat Allah SWT kepada makhluk-Nya sehingga setiap kelahiran dan setiap ciptaan lahir bersama jaminan rezeki agar kita tidak perlu terlalu bimbang soal rezeki.
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Kadang-kadang kita lupa yang rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Sihat itu rezeki...
Bahagia itu rezeki...
Banyak masa itu rezeki...
Disayangi itu pun rezeki...
Tak putus duit itu rezeki...
Dapat apa-apa yang baik itu rezeki...
Rezeki itu adalah apa yang kita telah nikmati. Jadi sentiasalah bersyukur...
Ingatlah...dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.
TAHUN BARU 2021
Alhamdulillah...bertambah lagi umur setahun yang makin mendekatkan diri kepada kematian. Semoga tahun ini diberi lebih krtabahan, kekuatan...

-
Rumah Peranginan Persekutuan atau ringkasannya RPP adalah rumah peranginan yang boleh diinap oleh kakitangan kerajaan. Ia biasanya terl...
-
ππ Hati adalah salah satu organ yang terpenting kepada manusia. Kata orang, jika baik hati itu, maka baiklah tindak tanduk atau perlakuan ...
-
SEMUA orang mahu dilimpahkan rezeki. Apakah sebenarnya makna rezeki? Dalam tafsir al-Quran al-Sya’rawi, rezeki ialah apa yang memberi manf...