Wednesday, 11 November 2020

Public Gold Malaysia

 

Hai semua... Pernah dengar tentang Public Gold Malaysia? Lyn nak kongsi sesuatu yang Lyn baru tau. 

Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

by  on OCTOBER 26, 2016

Post image for Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini, tetapi memang tabiat saya sejak 2010 ialah, setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Saya adalah penyimpan emas tegar. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor.

Walaupun Gold Investor mereka lebih ambil tahu tentang perkembangan pasaran emas, analisis teknikal harga emas, dan boleh juga buat untung dengan naik turun harga emas, tetapi apa yang saya perhati, akhir sekali penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

  1. mereka memiliki emas yang banyak,
  2. duit simpanan mereka tak bocor bila ditukarkan kepada emas,
  3. harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
  4. mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.
- Sebenarnya panjang lagi ceritanya tapi Lyn stop dulu kat sini. Kalau ada masa nanti, Lyn story lagi...😍😍😍

No comments:

Post a Comment

TAHUN BARU 2021

  Alhamdulillah...bertambah lagi umur setahun yang makin mendekatkan diri kepada kematian. Semoga tahun ini diberi lebih krtabahan, kekuatan...