Rumah Peranginan Persekutuan atau ringkasannya RPP adalah rumah peranginan yang boleh diinap oleh kakitangan kerajaan. Ia biasanya terletak di kawasan peranginan. Disebabkan harganya yang murah dan kemudahan yang tersedia menyebabkan ia menjadi rebutan di kalangan penjawat awam. Sebenarnya bukan mudah untuk menempah bilik atau rumah peranginan ni.
Lyn pun tak pernah lagi merasa menginap di RPP ni. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh pandemik Covid-19, RPP mula boleh ditempah secara atas talian (online). Apa lagi, Lyn pun turut mencuba nasib.
Alhamdulillah...rezeki dariNya. Tempahan untuk menginap di RPP Bukit Fraser berjaya! Yeah!!! Tak sangka sebenarnya. Booking dibuat pada bulan September untuk menginap pada bulan Oktober. Berbunga-bunga rasa hati walaupun dinyatakan dalam ruangan tempahan tu Satu Bilik Kecil. Tak kisahla kan sebab benda murah. Lagipun tak pernah lagi menginap di Bukit Fraser. Teruja sangat.
Inilah pandangan luar dari RPP Bukit Fraser. Oleh kerana kami bergerak agak lewat, jadi Lyn dah siap tapau makanan untuk dinner sebab dari beberapa carian di internet menunjukkan jika hari dah gelap, tidak disarankan untuk keluar disebabkan keadaan jalan yang agak mencabar. Jadi malam tu kami hanya lepak-lepak di bilik. Dalam rumah yang sama ada beberapa family lagi. Kiita orang berkongsi dapur dan ruang tamu yang sama. Tapi bilik kecil yang dimaksudkan tu sebenarnya sangat luas. Kalau bawa anak-anak pun boleh. Bilik juga dilengkapi dengan tv dan kemudahan lain macam di hotel. Ini baru hari pertama...
Hari ke-2
Pagi lagi dalam pukul 9.00 kami dah turun ke tempat yang menjadi 'spot' Bukit Fraser. Tapi kami lajak terus ke masjid Bukit Fraser....sebenarnya belakang masjid.....heheheππ
Port breakfast....sejuk giler tambahan pula hujan renyai-renyai....cakap pun asap keluar dari mulut...ala-ala oversea gitchu...⛄Oleh sebab rasa agak lapar, Lyn order Nasi Lemak Rendang...alhamdulillah, menepati selera. Hubby pulak order Nasi Lemak Telur Mata...licin pingganπ Tak sia-sia makan di Kedai Makan Hamzah. Sedap dan harga berpatutan.

Sambil makan, mata terpandang pulak kat makhluk cantik ni. Bukan senang nak 'capture' gambar ni. Macam lukisan alam...
Perut dah kenyang...jom turun ke bawah semula. Tak sah kalau ke Bukit Fraser kalau tak bergambar di 'hotspot' ni. Disebabkan masih pagi, masih tak ramai lagi orang yang ada di sini. Jadi kami jalan-jalan menikmati pemandangan di sini.Mercu tanda Bukit Bendera
Pejabat Pos Bukit Bendera
Langit
Nak jadi cerita, tiba-tiba kereta tak boleh start bila nak alihkan ke tempat lain. Bateri kong...hehehe...sajer jer kan. Tapi kami rilex jer sebab masih pagi. Lagi pn boleh lagi lepak-lepak kat area situ. Sambil cari idea macam mana nak beli bateri baru kalau kereta tak boleh 'jump'. 'Jumper' pun tak bawak. Teringat pulak ada kawan Lyn yang akan bercuti juga ke Bukit Bendera hari ni. Jadi, terus call dia minta tolong belikan bateri. Alhamdulillah...dia masih kat KL lagi. Selesai masalah. Rasa macam nak cari 'something' untuk kunyah-kunyah tapi tak nampak. Jadi masuk la ke Restoran Mimi Strawberi. Minum air jer dan kongsi semangkuk tomyam sebab tak lapar pun.
Rupanya ada bas tersangkut di laluan untuk ke atas. Jadi kawan Lyn sampai agak lewat juga sebab 'jammed' Tau jerla laluan untuk ke atas sempit dan bengkang bengkok. Seremmm kalau dah gelap. Sampai jer kawan Lyn, terus tukar bateri dan terus naik semula ke RPP. Ingat nak tapau makan untuk petang dan malam tapi kawan Lyn dah bawa bahan mentah untuk masak. Jadi kami nak main masak-masak lepas ni.Taraa...ni la menu makan tengahari yang agak lewat.
Ingat nak melepak lagi kat bilik tapi kawan Lyn ajak turun balik sebab dia nak pusing-pusing kat bawah sebab tadi dia tak sempat lagi nak jalan-jalan. Kita orang ok jer. Jadi, kita orang kongsi satu kereta jer sebab senang sikit. Banyak gak tempat yang kami pergi.
Kawanku yang ceria...
Minah bunga...
Pantang ada tempat cantik...
Ukhwah till Jannah...
Hari dah gelap...jom balik tido. Oleh sebab siang tadi dah makan heavy, malam kita masak nasi goreng campak-campak jer la... Alhamdulillah
Hari ni nak check out dah. Pagi-pagi lagi menikmati view yang indah di sini. Rasa macam nak repeat lagi ke sini. Mungkin nak try duduk di homestay atau hotel pulak. Beri orang lain peluang menginap di RPP ni.
Cantikkan!.
Hari ni juga kena habiskan semua ration yang dibawa. Hasilnya terjadilah heavy breakfast...hahaha...memang jimat belanja kalau masak sendiri.
Alhamdulillah, seronok sangat dengan percutian ini. Simple tapi sangat mengembirakan. Rasa berbaloi sangat. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untu ke sini lagi. Selamat tinggal Bukit Fraser!